Wednesday, 15 February 2012
Monday, 13 February 2012
yakinlah
Pernah cuba strawbery plus coklat??Haa..begitulah rasa asam garam kehidupan di atas muka bumi ini.Ada rasa masam dan manis sebagai mana kehidupan kita yang tidak lengkang dengan dugaan dan ada kala itu kegembiraan.Tanpa campuran variasi rasa ini,hidup kita hambar tanpa warna warni kehidupan.Oleh sebab itulah,Allah S.W.T menciptakan syaitan untuk menggoda manusia di atas dunia ini sebagai ujian terhadap keimanan hamba- hamba-Nya.Tetapi jangan berburuk sangka denga-Nya sebaliknya husnuzon(berbaik sangka debgan Allah) kerana Allah tidak memberi ujian melebihi tahap kemampuan hamba-hamba-Nya sebagaimana telah termaktub didalam Al-Quran.Maka,yakinlah dengan janji Allah.Setiap dugaan yang diturunkan-Nya pasti ada hikmah disebaliknya.Bukankah Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita kerana Dia Pencipta sekalian manusia?Sebagaimana firman Allah Taala yang termaktub didalam Kitab Al-Quran::"Barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik untuik kamu,barangkali juga kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu".Jadi,yakinlah dengan takdir yang ditentukann-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)